SMK Jati ditutup akibat jangkitan Covid-19
Iklan
IPOH - Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengumumkan penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini hari ini selama seminggu susulan terdapat pengesahan jangkitan koronavirus (Covid-19) di sekolah tersebut.
Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali menerusi satu makluman di Facebook rasmi jabatan berkenaan menjelaskan, penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.