Covid-19: 70 kontak rapat jalani ujian swab

Iklan
Datuk Dr Zaini Hussin

KOTA BHARU - Seramai 70 penduduk Mukim Kuala Balah di Jeli menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) selepas dikesan sebagai kontak rapat kepada dua kes positif yang direkodkan di daerah itu kelmarin.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, dua kes positif Covid-19 terbabit berkaitan dengan kontak rapat yang berlaku dalam sebuah keluarga.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, pihak jabatan giat mengesan dan mengenal pasti kontak rapat serta pergerakan ahli keluarga berkenaan.

"Kesemua yang dikesan tersebut sudah menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran sempena empat jururawat Jabatan Kesihatan Kelantan yang akan berangkat untuk bertugas ke Labuan, Sabah di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Iklan

Beliau turut memberi peringatan tegas kepada individu dari zon merah supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menjadi penyebab kembali penularan pandemik berbahaya itu ke Kelantan.

"Patuhi arahan kerajaan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikeluarkan di zon-zon yang terlibat.

Iklan

"Saya juga berharap mereka yang dari zon merah datang ke Kelantan lebih berhati-hati agar tidak menyumbang kepada jumlah pesakit Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Kelmarin, Kelantan mencatatkan dua kes baharu yang direkodkan di Mukim Kuala Balah, Jeli menjadikan sebanyak sembilan kes termasuk satu yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Setakat ini, keseluruhan jumlah pesakit Covid-19 di Kelantan dilaporkan sebanyak 182 kes.