SKMM kesan lebih sejuta talian telefon meragukan
Iklan
Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah menjawab soalan pada mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesan 1,377,862 talian telefon prabayar yang didaftar secara meragukan setakat Oktober lalu.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 920,217 talian telah ditamatkan perkhidmatan dan 457,645 telah dikemaskini dengan maklumat yang sah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, maklumat itu diperoleh melalui pengesanan audit data pengesahan data dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesahkan integriti pangkalan data pelanggan talian telefon prabayar.
"Ini bagi mengelakkan disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan dan seumpamanya.
Iklan
"KKMM melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) juga melaksanakan strategi komunikasi yang terancang melalui saluran platform media sosial rasmi JaPen bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat dan sahih berkenaan penipuan siber," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Mohamad Alamin (BN- Kimanis) mengenai inisiatif kementeriannya bagi memastikan rakyat selamat daripada penipuan siber yang menggunakan aplikasi tidak sahih dan panggilan telefon.
Iklan
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kegiatan penipuan siber atau scam sama ada dalam atau luar talian tertakluk di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia (BNM) atau agensi berkenaan mengikut bentuk penipuan yang dilakukan.
Katanya, bagi perkara berkaitan siasatan, terdapat Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-SKMM yang telah ditubuhkan dan digerakkan bagi menerajui gerak kerja serta tindakan yang lebih strategik dan tersusun dalam membanteras jenayah siber termasuk penipuan atau scam.
"Kerjasama dan kolaboratif antara kedua-dua pihak khususnya dalam perkongsian maklumat dan kepakaran bertepatan bagi melancarkan aktiviti penguatkuasaan supaya dapat menangani isu penyalahgunaan media sosial dengan lebih efektif," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>