Belanjawan 2021 penentu moratorium dilanjut atau ditangguhkan

Iklan
Pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini akan menentukan sama ada moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman perbankan dilanjutkan atau sebaliknya.Gambar kecil: Abd Rahim

KUALA LUMPUR - Pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini akan menentukan sama ada moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman perbankan dilanjutkan atau sebaliknya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan
Iklan

"Jumaat ini ada pembentangan bajet yang akan menentukan sama ada inisiatif itu dilanjutkan atau sebaliknya. Tunggu pengumuman Jumaat ini," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) sama ada kerajaan akan melanjutkan moratorium seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Iklan
Iklan

Moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik diumumkan kerajaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama enam bulan berakhir 30 September lalu dan disambung hingga Disember ini secara bersasar.