Maritim tahan enam nelayan langgar syarat lesen
Iklan
LAHAD DATU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesan dan menahan sebuah bot nelayan serta enam lelaki berhampiran Tebah Batang di sini, kerana melanggar syarat lesen perikanan malam tadi.
Pegawai Operasi Maritim di Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Madya Maritim Mohd Feerdaus Daud berkata, kesemua mereka yang berumur antara 31 hingga 42 tahun itu ketika ditahan sedang leka menangkap ikan kira-kira 1.4 batu nautika tenggara dari Tebah Batang pada jam 9.30 malam.