Warga emas 72 tahun positif Covid-19

Iklan
Warga emas itu dikesan positif selepas membuat saringan Covid-19 di sebuah klinik swasta sebelum melakukan pembedahan katarak. Foto 123RF

JEMPOL - Seorang warga emas berumur 72 tahun disahkan positif koronavirus (Covid-19) di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, warga emas itu dikesan positif selepas membuat saringan Covid-19 di sebuah klinik swasta sebelum melakukan pembedahan katarak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jempol sedang mengenal pasti kontak rapat pesakit selain proses disinfeksi rumah dan klinik swasta telah dibuat hari ini.

"Pesakit telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu panik berikutan keadaan kes positif Covid-19 di daerah ini adalah terkawal selain tidak menyebarkan pelbagai berita yang tidak tepat.

"PKD Jempol dan semua agensi telah mengambil tindakan segera untuk mengawal keadaan," katanya.

Iklan

Terdahulu, daerah Jempol mencatatkan pertambahan tiga kes positif Covid-19 melibatkan seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Raja Alias 3, seorang warga emas berusia 65 tahun dan terbaharu seorang warga emas berusia 72 tahun menjadikan kumulatif kes itu di daerah ini sebanyak 21 kes.