KUALA LUMPUR - Semua kakitangan Parlimen termasuk polis bantuan yang berkhidmat di bangunan itu disahkan negatif dan bebas daripada jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamis Samin berkata, keputusan itu diperoleh ketika menjalani ujian saringan yang dibuat pada 28 dan 30 Oktober lalu.