Belanjawan 2021: Puteri UMNO cadang elaun khas RM1,000 untuk 'frontliners'
Iklan
SHAH ALAM - Puteri UMNO hari ini mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan elaun khas kepada petugas barisan hadapan pada pembentangan Belanjawan 2021.
Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pihaknya mencadangkan elaun sebanyak RM1,000 diberikan kepada petugas barisan hadapan
yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis, tentera dan semua penjawat awam yang terlibat.