PKPD Saguking, Sebor Baru

Iklan
Kelihatan sampah sarap hanyut dan tersekat di kawat duri yang dipasang pada laluan bot di bawah sebuah jambatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Saguking dan Sebor Baru sejak 21 Oktober lalu, ketika tinjauan baru-baru ini. Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju akan menamatkan PKPD di kawasan itu pada hari ini, berikutan kes positif COVID-19 di kawasan itu didapati menurun dan terkawal. Bagaimanapun, lokaliti tersebut masih tertakluk di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Labuan yang sedang berkuat kuasa sehingga 13 November ini. - Foto Bernama