Gempa bumi Turki: Budak 3 tahun diselamatkan selepas 65 jam

Iklan
Elif Perincek (gambar kecil) dikeluarkan daripada serpihan runtuhan hampir 65 jam selepas gempa menggegar daerah Bayrakli di wilayah barat Izmir.

IZMIR - Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun yang mengalami kecederaan berjaya diselamatkan hari ini beberapa hari selepas gempa berkekuatan 6.6 skala Richter melanda pantai Aegean Turki, lapor Agensi Anadolu.

Elif Perincek dikeluarkan daripada serpihan runtuhan hampir 65 jam selepas gempa menggegar daerah Bayrakli di wilayah barat Izmir ialah mangsa ke-106 yang diselamatkan daripada kawasan runtuhan serta dibawa ke hospital.

Iklan
Iklan

Ketua Lembaga Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki, Mehmet Gulluoglu di Twitternya melahirkan rasa gembira kerana dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa kuat gegar Turki dan Greece

Iklan

Kira-kira 23 jam selepas gempa itu, ibu Elif, Seher Dereli Perincek dan adik-beradik kembarnya yang berusia 10 tahun, Ezel dan Elzem Perincek, serta saudara lelakinya Umut Perincek, 7, ditarik keluar daripada runtuhan.

Gambar Elif yang dikongsi Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu di Twitter.

Bagaimanapun, Umut kehilangan nyawanya, sementara ibu dan dua adik-beradiknya masih dalam rawatan.

Iklan

Turki adalah antara zon seismik paling aktif di dunia kerana ia terletak di beberapa garisan aktif dan pernah mengalami gempa bumi dahsyat sebelum ini. - Bernama

Gempa bumi: Angka kematian meningkat di Turki, Greece