Belanjawan 2021: APM perlukan tambahan aset
Iklan
SHAH ALAM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan pertambahan sokongan logistik, tenaga kerja dan peruntukan untuk makan minum anggota dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Norhafifi Ismail berkata, beliau berharap kerajaan akan memberikan peruntukan yang lebih banyak kepada agensi itu termasuk daripada segi pertambahan aset dalam belanjawan kali ini.