Satu maut, dua cedera lori sampah SWCorp terbalik
Iklan
Satu maut dan dua cedera selepas lori pengangkut sampah milik SWCorp terbabas sebelum terbalik di Sungai Sisek, Jalan Kota Tinggi-Bandar Tenggara, Kota Tinggi hari ini.
KOTA TINGGI - Seorang pekerja SWM Corp maut manakala dua lagi cedera selepas lori pengangkut sampah milik syarikat konsesi itu terlibat kemalangan di Sungai Sisek, Jalan Kota Tinggi-Bandar Tenggara, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada jam 11.10 pagi, lori pengangkut sampah itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di tepi jalan tersebut.
Iklan
Iklan
Pemandunya, Jaman Ibrahim, 64, meninggal dunia akibat cedera parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu manakala dua kelindan, Ahmad Shamhaji dan Anggoro Dwi yang kedua-duanya warga Indonesia cedera.
Seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
Iklan
Menurut Komander Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan, mereka turut dibantu satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dan satu unit Utiliti Hilux.
"Pemandu terbabit dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Iklan
"Dua mangsa yang cedera di tempat duduk sebelah pemandu dihantar ke Hospital Kota Tinggi dengan menggunakan jentera EMRS BBP Kota Tinggi dan ambulans," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, operasi berkenaan tamat pada jam 12 tengah hari.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>