Tujuh beranak nyaris maut rumah dihempap pokok
Iklan
Keadaan rumah didiami tujuh beranak yang dihempap pokok sentul dalam kejadian ribut petang semalam (foto: ihsan pembaca)
BESUT - Tujuh beranak nyaris maut dalam kejadian rumah mereka dihempap pokok sentul yang tumbang akibat ribut dan hujan lebat melanda Kampung Tok Saboh, Kuala Besut di sini, petang semalam.
Rosnah Che Mat, 63 berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang, dia berada di luar rumah dan selepas ternampak angin kencang, dia bergegas ke rumah anaknya yang terletak bersebelahan rumahnya kerana takut.
Iklan
Iklan
"Masa tu keadaan gelap dan disebabkan terlalu takut dengan situasi tu, saya panggil anak serta cucu masuk ke dalam rumah sebelum terdengar bunyi ribut.
"Bila keadaan nampak sedikit reda, saya ambil keputusan keluar dari rumah sebelum terkejut mendapati batang pokok sentul sudah menghempap bahagian hadapan rumah," kata suri rumah berkenaan ketika ditemui di lokasi.
Iklan
Dalam kejadian ribut itu, sebuah bangsal pemprosesan dan peralatan membuat keropok, bahan basah serta keropok yang sudah siap dibungkus untuk dijual kepada pelanggan milik Wan Nooraida Wan Ahmad, 46, turut musnah.
Pengusaha keropok, Wan Nooraida melihat peralatan membuat keropok di bangsalnya yang musnah sama sekali dipukul ribut, dalam kejadian ribut di Kampung Tok Saboh Besut petang semalam
Menurut Wan Nooraida, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi anaknya yang memaklumkan bangsal tempat pemprosesan keropok rosak dipukul ribut, kira-kira jam 7 petang.
Iklan
"Pada masa itu, saya berada di Machang, Kelantan untuk mengambil pekerja dan selepas dimaklumkan oleh anak, saya cuma membayangkan bumbung bangsal diterbangkan ribut.
"Tetapi sejurus tiba di lokasi, luluh hati melihat bangsal tempat kami mencari rezeki setahun lalu ranap sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya yang berada di dalam bangsal bersama seorang lagi pekerjanya ketika kejadian itu, ada ternampak angin yang agak pelik berwarna hitam.
"Anak bersama pekerja kami sempat alihkan lori yang diparkir di hadapan bangsal tetapi beberapa minit kemudian bangsal terbalik dan ranap," katanya lagi.
Sementara itu, penduduk setempat juga menyifatkan kejadian ribut itu antara paling teruk melanda kampung mereka selama menetap di situ.
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.