Agong serah sumbangan makanan kepada gelandangan

Iklan
Salah seorang gelandangan menerima makanan daripada kakitangan bertugas.

SHAH ALAM- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pegawai dan kakitangan Istana Negara menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan, Tuanku, semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook @IstanaNegaraOfficial, Istana Negara menjelaskan, aktiviti itu berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

Sumbangan berkenaan mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong terhadap golongan tersebut yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.

"Lebih-lebih lagi pada ketika ini yang mana rakyat amat terkesan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19)," katanya.

Iklan

Semoga kurniaan Seri Paduka Baginda ini dapat membantu mengurangkan beban golongan tersebut.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada pengikut laman sosial berkenaan yang rata-rata amat menghargai sumbangan itu antaranya Noni Edge Jelani dan MG Ramachandran.

Iklan

"Daulat Tuanku. Terima kasih kepada Tuanku dan yang terlibat. Semoga ALLAH SWT kurniakan kesihatan yang baik panjangkan umur dan murahkan rezeki Tuanku serta keluarga dan kita semua. Ampun Tuanku,” kata Noni Edge Jelani.

"Daulat Tuanku. Terbaik Tuanku yang sentiasa (beri) perhatian dengan kebajikan rakyatnya. Terima kasih. Ampun Tuanku,” MG Ramachandran.