PM Thailand pertimbang jadi calon pilihan raya

Iklan
Prayut-Chan-o-cha

BANGKOK - THAILAND. Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha masih mempertimbangkan sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan 24 Mac depan, lapor agensi berita Xinhua.

Katanya, beliau masih mempunyai masa sehingga 8 Februari untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian selepas Parti Palang Pracharath mengumumkan untuk menamakannya sebagai calon utama sebagai perdana menteri.

Parti itu juga dilaporkan merancang menjemput perdana menteri itu secara rasmi Jumaat ini bagi memaklumkan hasrat mereka.

Iklan

Beliau akan mengkaji dasar semua parti yang kini berkempen untuk menjadi kerajaan, sebelum membuat keputusan parti mana akan disertainya.

Empat anggota Kabinetnya baru-baru ini meletak jawatan dan kini mengetuai kempen pilihan raya Parti Palang Pracharath bagi membantu Prayut mengekalkan jawatannya. - Bernama

Iklan