Samseng jalanan 'serang' remaja perempuan ditahan

Iklan
Nik Ezanee

PETALING JAYA - Seorang lelaki ditahan berhubung kes menyerang kenderaan yang dipandu oleh seorang remaja perempuan di Jalan Mutiara Damansara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga penuntut di sebuah institusi berusia 18 tahun berhubung kejadian itu pada jam 7 petang.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian itu, mangsa sedang memandu di laluan kiri sebelum sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki seorang lelaki yang keluar secara mengejut menyebabkan wanita berkenaan membunyikan hon.

"Suspek telah mengekori mangsa sehingga di Jalan Persiaran Utama lalu bertindak menendang bumper dan menumbuk cermin bahagian pemandu kenderaan wanita itu selain cuba membuka pintu kereta kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membunyikan hon," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Iklan

Nik Ezanee berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di tepi Jalan Penchala, di sini, semalam.

"Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Iklan