Nelayan dikhuatiri lemas, terjatuh dalam sungai
Iklan
MERSING - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau di sini hari ini.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ali Hussin berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Al Shafiq Abdul Rosool, 25.