Bantuan perubatan tiba di Sabah

Iklan

Sebahagian daripada seramai 56 Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan berserta 5 orang doktor dari Kelantan, Terengganu, Puterajaya, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan disembur dengan semburan kuman ketika tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi Misi Bantuan COVID-19 di Sabah, hari ini.

Ketua Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah David Samudin berkata, kesemua pegawai perubatan ini akan ditempatkan di beberapa tempat di Sabah iaitu di Hospital Queen Elezebert, Pejabat Kesihatan Penampang, Hospital Tuaran, Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, Pusat Kuarantin di Politeknik dan INTAN.

Iklan
Iklan

Selain di kawasan Kota Kinabalu, Pasukan Bantuan Kesihatan dari Semenajung Malaysia ini juga turut ditempatkan di Hospital Tawau, Kunak dan Lahad Datu dalam satu penerbangan lain dilakukan oleh TUDM.

David Samsudin berkata, kesemua kakitangan bantuan kesihatan ini akan ditempatkan selama sebulan di kawasan-kawasan yang terjejas teruk dengan penularan COVID-19 di Sabah.

Iklan
Iklan