Bersatu percaya PN mampu tangani Covid-19
Iklan
Wan Saiful Wan Jan
KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Bersatu dari semua peringkat pimpinan serta akar umbi akan memberikan sokongan dan kepercayaan teguh kepada barisan kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN), dalam menangani cabaran pandemik Covid-19.
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, barisan kepimpinan kerajaan PN hari ini harus diberikan ruang untuk fokus bekerja melindungi dan meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan wabak ini.
Iklan
Iklan
"Bersatu menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang jelas mengabsahkan keupayaan dan kemampuan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengawal penularan Covid-19 dalam negara.
"Bersatu juga menyeru semua pihak menjunjung tinggi dan patuh kepada titah Seri Paduka Baginda untuk menghentikan sebarang percaturan politik yang boleh menggugat kestabilan pentadbiran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Ahad lalu, Al-Sultan Abdullah bertitah, tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.
Seri Paduka Baginda bertitah, perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri dan berbincang dengan Raja-raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>