'UMNO parti penyelamat'
Iklan
Mohd Razlan Rafii
SHAH ALAM - Pendirian UMNO untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) menunjukkan parti itu adalah penyelamat kepada ketidakstabilan pentadbiran kerajaan demi kesejahteraan rakyat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, malah parti itu cuba mengelak berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara sedang bergelut memerangi koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
"Apabila negara di tengah krisis, UMNO datang sebagai penyelamat. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan negara tidak mahu ke kancah PRU, UMNO datang sebagai penyelamat.
"Apabila cadangan PN ditolak oleh Majlis Raja-Raja, tidak pernah terjadi dalam sejarah cadangan darurat ditolak, bila mana kerajaan di hujung tanduk, UMNO terus bersama mendahulukan kepentingan rakyat," katanya di laman Facebooknya hari ini.
Iklan
Ahad lalu, Majlis Raja-Raja menolak beberapa cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk pelaksanaan darurat kesihatan dalam menangani gelombang ketiga penularan Covid-19.
Mengulas lanjut, Razlan berkata, UMNO juga bertindak matang menjaga kepentingan Raja-raja Melayu dan keselamatan, kesihatan serta ekonomi yang kolektif dengan mengekalkan sokongan kepada kerajaan PN.
Iklan
"Inilah parti keramat, bercelaru permainan politik atau datang persimpangan macam mana pun, UMNO akan terus mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>