Institut pendidikan di Lembah Klang ditutup hingga 9 November
Iklan
KUALA LUMPUR - Penutupan semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 November ini.
KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga kawasan itu dari 27 Oktober hingga 9 November ini.