Majlis Tertinggi UMNO buat keputusan malam ini
Iklan
Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Pertemuan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini memberikan pandangan berkaitan hala tuju dan pendirian parti yang sewajarnya berhubung perkembangan politik semasa.
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pandangan berkenaan akan bincangkan dan suatu keputusan 'muktamad' akan dibuat menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi parti malam ini.
Iklan
Iklan
"Kita tak buat apa-apa keputusan. Kita sekadar buat percambahan fikiran dengan pandangan-pandangan ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, sebagai ahli parti, mereka tertakluk pada keputusan parti dan perlu berpegang prinsip yang didukung semua pihak, antaranya tidak boleh memecahkan UMNO.
Iklan
"Macam mana pun, UMNO tidak boleh pecah. Mesti bertindak sebagai satu blok,” katanya.
Ketika ditanya sama ada mesyuarat tadi ada menyentuh mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, bekas Presiden UMNO itu berkata, bermacam-macam pandangan diberikan dalam mesyuarat berkenaan.
Iklan
"Tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan nanti,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kebiasaannya tindakan UMNO adalah secara 'en-bloc'.
Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak menolak isu kepimpinan Muhyiddin dibangkitkan pada pertemuan petang tadi.
"Ada juga disebut tetapi semuanya akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi malam ini," katanya sebelum beredar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>