KUANTAN - Hasrat seorang operator kilang untuk memiliki sebuah kereta tidak kesampaian apabila kerugian RM4,600 selepas mendakwa dirinya terpedaya dengan penjualan kenderaan tidak wujud menerusi laman sosial awal bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 46 tahun itu mendakwa berminat untuk memiliki kenderaan berkenaan selepas melihat iklan penjualan sebuah kereta di Singapura melalui laman Facebook pada 2 Oktober lalu.