Majlis Raja-Raja Melayu mula bersidang
Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berangkat tiba di Istana Negara, tengah hari ini.
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Raja-Raja Melayu mula bersidang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah setelah kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara tepat jam 2.30 petang tadi.
Kenderaan rasmi Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menjadi kenderaan terakhir yang tiba. Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana Negara jam 1.30 petang diikuti dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada jam 2.14 petang.
Kenderaan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula tiba jam 2.18 petang, disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 2.20 petang.
Kenderaan rasmi membawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir tiba jam 2.23 diikuti Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail tiba jam 2.28 petang.
Bagaimanapun kenderaan rasmi yang membawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak kelihatan masuk ke Istana Negara.
Pertemuan khas bersama Al-Sultan Abdullah hari ini membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan koronavirus (Covid-19). Ia susulan Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: 15 soalan dan jawapan berkaitan darurat
PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota
Iklan
Iklan
Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>