'Tolonglah ambil iktibar PRN Sabah, jangan ulangi lagi'
Iklan
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu bersatu dan bersama dalam memerangi wabak koronavirus (Covid-19) bukan bertelagah antara satu sama lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi posting di laman Facebook beliau hari ini, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah.