Lelaki miliki pisau 'rambo' dijel lima tahun

Iklan
Tertuduh (depan) dijatuhi hukuman [penjara lima tahun selepas mengaku bersalah miliki pisau rambo tanpa kebenaran pihak berkuasa.

KOTA BHARU - Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki pisau 'rambo', tahun lalu.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd Zawari Mustaffa, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Iklan
Iklan

Beliau turut mengarahkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh tangkapan pada 24 Julai 2018.

Mohd Zawari didakwa memiliki sebilah pisau 'rambo' berukuran 38 sentimeter berhulu hitam tanpa maksud yang sah dan kebenaran pihak berkuasa di kawasan tanah perkuburan Kampung Pauh Lima, Melor di sini kira-kira jam 12.45 tengah hari, 24 Julai 2018.

Iklan
Iklan