Agong berkenan solat Jumaat di Kuantan

Iklan
Al-Sultan Abdullah mencemar duli menyantuni jemaah selepas selesai solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, Kuantan hari ini.- Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, di sini hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iklan
Iklan

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Wan Rosdy turut berkongsi gambar-gambar Seri Paduka Baginda menyantuni rakyat jelata selepas selesai solat melalui Facebook rasminya.

Iklan
Iklan