Teka-teki mengenai status Aidil Sharin Sahak selaku pengendali skuad Kedah terjawab semalam apabila beliau mengesahkan menyambung kontrak selama dua tahun bersama Lang Merah.
Ketua jurulatih kelahiran Singapura itu berkata, kejayaan membawa Kedah layak beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan antara faktor utama keputusan untuk terus bersama skuad Lang Merah, selain rasa sayang kepada pemain dan penyokong setia.