FMM ragui kemampuan panel perkhidmatan Perkeso
Iklan
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengakui pihaknya berasa ragu dengan kemampuan panel perkhidmatan yang dilantik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam menyediakan ujian saringan koronavirus (Covid-19) kepada pekerja.
SHAH ALAM – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengakui pihaknya berasa ragu dengan kemampuan panel perkhidmatan yang dilantik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam menyediakan ujian saringan koronavirus (Covid-19) kepada pekerja.
Presidennya, Datuk Soh Thian Lai berkata, perkhidmatan yang tidak efisien hanya akan memberi kesan kepada operasi kilang.
Iklan
Iklan
"Kita mengalu-alukan usaha menteri terbabit dan pengumuman itu dibuat berikutan lonjakan kes semasa Covid-19 di negeri terbabit dan keperluan untuk meningkatkan pemeriksaan pekerja.
"Bagaimanapun, kita khuatir apakah panel yang diluluskan oleh Perkeso mempunyai kemampuan menyediakan perkhidmatan ujian Covid-19 sepanjang tempoh itu.
Iklan
"Ia sekali gus akan memberi kesan kepada operasi pejabat atau kilang sekiranya proses saringan itu memakan masa yang agak panjang,” katanya di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan bahawa Program Saringan Prihatin (PSP) diperluaskan kepada semua pencarum Perkeso di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Iklan
Jelas Saravanan, majikan boleh menjalankan saringan Covid-19 untuk pekerja secara percuma melalui panel dilantik Perkeso.
Sementara itu, Thian Lai berkata, kenyataan oleh Saravanan masih kurang jelas dan tidak terperinci sama ada arahan ujian saringan itu perlu dibuat kepada semua kakitangan yang hanya bekerja di kilang atau sebaliknya.
"Apakah syarat ujian tersebut untuk semua kakitangan yang bekerja di pejabat atau kilang atau mereka dari kawasan zon merah atau kakitangan yang dikecualikan arahan bekerja dari rumah berdasarkan pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi"><meta itemprop="description" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #liputan4gdisekolah #menterikomunikasi #kementeriankomunikasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T04:53:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P218S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzzqya"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzzqya"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzzqya"></script>