Kuala Langat paling sedikit terima bekalan air

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kuala Langat mencatatkan kadar peratusan terendah antara daerah yang menerima bekalan air iaitu sebanyak 50 peratus hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sehingga jam 12 tengah hari, sejumlah 1,162 (90 peratus) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 130 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas.

"Daerah Kuala Langat mencatatkan pemulihan air sebanyak 50 peratus manakala daerah tertinggi yang mencatatkan pemulihan air ialah Hulu Selangor iaitu 100 peratus diikuti Kuala Selangor (99.6 peratus), Petaling (98 peratus), Kuala Lumpur (97 peratus), Gombak (78 peratus) dan Klang (70 peratus)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu, pada 19 Oktober lalu, kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor.