Ketua Penolong Pegawai Daerah direman bantu siasatan kes rasuah

Iklan
Penguat kuasa SPRM membawa lelaki terbabit tiba ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

JOHOR BAHRU - Seorang Ketua Penolong Pegawai Daerah direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan nilai sebanyak RM23,500.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Norhidayah Abd Manaf mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas suspek bermula hari ini dan kes siasat mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, lelaki berusia 36 tahun berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya pada kira-kira jam 2.45 petang, semalam.

"Siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima wang suapan daripada seorang kontraktor sebagai balasan dan dorongan mendapatkan 12 kerja-kerja kontrak yang dikeluarkan oleh sebuah pejabat daerah pada Mei lalu," katanya.

Iklan
Iklan

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.30 pagi tadi.