Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah sehingga esok

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah hari ini dan esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu keadaan itu diramal melanda kawasan Pantai Barat Sandakan iaitu Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat.

Iklan
Iklan

"Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Isnin, 19 Oktober hingga 20 Oktober," demikian menurut kenyataan itu. - Bernama