PM disahkan negatif Covid-19

Iklan
Kenyataan berhubung keputusan ujian saringan Covid-19 yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri dan dimuat naik di facebook Muhyiddin hari ini.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan negatif koronavirus (Covid-19) selepas menjalani saringan kedua.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataannya hari ini berkata, sebelum ini Muhyiddin telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) selama 14 hari.

Iklan
Iklan

"KKM menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Oktober 2020 dan disahkan negatif pada 15 Oktober 2020.

"Kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 bagi Perdana Menteri sepanjang tempoh kuarantin kendiri disahkan negatif dan tempoh kuarantin kendiri beliau tamat pada 16 Oktober 2020,” kata kenyataan itu.

Iklan

Tambah kenyataan itu lagi, Perdana Menteri terus komited mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 yang diadakan secara sidang video pagi tadi.

"Walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa Covid-19 di dalam negara.

Iklan

"Mesyuarat khas MKN ini berlangsung setiap hari bermula 7 Oktober lepas,” katanya.