Pemilik premis dikompaun gagal pasti pekerja pakai pelitup muka
Iklan
PORT DICKSON - Gagal memastikan pekerja memakai pelitup muka, seorang pemilik premis antara lima individu yang dikompaun RM1,000 dalam Op Bersepadu Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka dikenakan tindakan ketika pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan di sekitar Lukut dan Port Dickson pada jam 11 pagi sehingga 5 petang.