Atlet negara beraksi sehari selepas pembukaan rasmi
Iklan
JAWATANKUASA penganjuran Sukan Komanwel Birmingham 2022 telah mengeluarkan jadual harian awal pertandingan temasya itu yang bakal berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022.
Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dalam laman webnya, www.olympic.org.my hari ini memaklumkan bahawa kebanyakan atlet Malaysia akan beraksi pada 29 Julai iaitu sehari selepas upacara pembukaan rasmi di Alexander Athletics Stadium di Perry Barr, Birmingham, England.