Lebih 2,000 penyertaan diterima

Iklan
Asmaliza (dua dari kanan) bersama kakitangan Sinar Harian menunjukkan borang Peraduan Sinar Harian Di Hatiku siri pertama yang telah diterima di pejabat Sinar Harian di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Lebih 2,000 penyertaan peraduan Sinar Harian Di Hatiku diterima daripada pembaca Sinar Harian selepas lengkap siri pertama peraduan itu pada Ahad lalu.

Koordinator Advertorial Sinar Harian, Asmaliza Mansor berkata, sambutan yang diberikan pembaca Sinar Harian amat menggalakkan dan beliau menjangkakan lebih banyak penyertaan akan diterima untuk siri berikutnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peraduan kini telah memasuki siri kedua yang akan berakhir esok dan pembaca masih berpeluang untuk menyertainya sehingga penganjuran siri kelapan.

"Bagi penyertaan peraduan Sinar Harian Di Hatiku, pembaca boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan perlu memenuhi syarat-syarat peraduan sebagaimana ditetapkan.

Iklan

"Pembaca perlu menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul dan menyertakan slogan yang kreatif bagi memboleh mereka dipilih sebagai pemenang,” katanya ketika memeriksa penyertaan yang diterima di Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Asmaliza (dua dari kanan) bersama kakitangan Sinar Harian memeriksa penyertaan siri pertama peraduan Sinar Harian Di Hatiku di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam semalam.

Mengulas lanjut, Asmaliza berkata, peraduan bertemakan Malaysia Indah itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000 dan pelbagai barangan menarik.

Iklan

Katanya, pemenang hadiah utama bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 diikuti tempat kedua RM8,000 dan ketiga RM2,000 serta lima hadiah sagu hati masing-masing RM1,000.

"Selain itu, penyertaan paling kreatif turut berpeluang memenangi hadiah bonus berupa wang tunai RM5,000.

"Bagi pembaca di media sosial, mereka juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 setiap minggu dengan menyertai Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku,” katanya.

Dalam pada itu, Asmaliza berkata, bagi pembaca yang ingin menyertai Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku, mereka hanya perlu merakam gambar santai bersama keluarga atau rakan-rakan yang berkonsepkan Cuti-Cuti Malaysia.

"Mereka perlu memuat naik foto terbaik ke Facebook, Instagram atau Twitter. Pastikan akaun mereka tidak privasi. Like Facebook atau follow Instagram dan Twitter Sinar Harian. Mereka juga perlu sertakan kapsyen menarik dan hashtag wajib #sinarhariandihatiku,” katanya.

Peraduan Sinar Harian Di Hatiku bermula 5 Oktober hingga 29 November 2020 dan penyertaan boleh dihantar sehingga 14 Disember 2020.