Covid-19: Kes positif, kematian meningkat di Indonesia
Iklan
JAKARTA - Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) terus meningkat di Indonesia dengan 4,411 kes baharu dalam 24 jam menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 349,160 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 154,926 lagi pesakit masih dalam pemantauan selepas dijangkiti virus berkenaan.