Peratusan penggunaan makmal dijangka terus meningkat

Iklan
Peratusan penggunaan makmal dijangka terus meningkat. - Foto 123RF Gambar kecil: Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - Peratusan penggunaan kapasiti makmal bagi ujian saringan koronavirus (Covid-19) dijangka terus meningkat berikutan lebih banyak sampel diuji Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini, sebanyak 42 peratus kapasiti makmal di seluruh negara telah digunakan.

Iklan
Iklan

"KKM dijangka menguji lebih banyak sampel terutama dari zon merah dan kuning selain aktiviti saringan dan pengesanan aktif kontak rapat," katanya.

Menurutnya, KKM terus memperkukuhkan kesiapsiagaan dengan meningkatkan kapasiti makmal Covid-19 kepada 54,706 ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) setiap hari.

Iklan

"Di Sabah, Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK), makmal di Hospital Queen Elizabeth dan Makmal Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah beroperasi dengan kapasiti 2,500 ujian sehari," katanya.

Beliau berkata, baki sampel dari keseluruhan di Sabah dihantar ke Semenanjung dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Iklan

"Selain itu makmal di Klinik Kesihatan Tawau Kubota sedang dilengkapkan supaya dapat menjalankan ujian RT-PCR dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat," katanya.

Dr Adham berkata, di lapangan, KKM menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) bagi membantu pengesanan awal kes positif Covid-19 dengan lebih banyak.

"KKM akan terus mempertingkatkan usaha bersepadu dengan pelbagai pihak untuk menjayakan usaha membendung Covid-19," katanya.