Gelombang kedua Covid-19: Perancis isytihar darurat

Iklan
Emmanuel Macron

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada semalam mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan di Paris dan bandar-bandar lain selaras dengan darurat yang telah diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Dalam wawancara disiarkan televisyen negara, Macron berkata, perintah berkurung berkuat kuasa mulai Sabtu dari jam 9 malam hingga 6 pagi di wilayah Ile-de-France dan lapan bandar lain, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Selain Paris dan wilayah di sekitarnya, langkah terbaharu itu juga membabitkan bandar Lille, Grenoble, Lyon, Aix-Marseille, Montpellier, Rouen, Saint-Etienne dan Toulouse.

Langkah tersebut dikuat kuasa oleh presiden untuk membantu membendung Covid-19 daripada terus merebak, menurut pegawai kesihatan Perancis kini berdepan gelombang kedua jangkitan.

Iklan

Kementerian Kesihatan Perancis pada semalam melaporkan 22,591 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan 779,063 kes jangkitan. Angka korban pula sudah mencecah 33,037 ditambah 104 lagi kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Macron juga menggesa sebarang perhimpunan yang dianjurkan dihadkan tidak melebihi enam orang.

Iklan

Ujarnya, mereka yang mendapat bantuan kebajikan dan perumahan akan menerima €100 hingga €150 untuk setiap anak tempoh selama enam minggu. - Bernama