KPD Petaling Jaya selesai jalani kuarantin kendiri

Iklan
Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA - Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal telah kembali bertugas seperti biasa hari ini setelah menjalani kuarantin kendiri selama tiga hari.

Menurut satu kenyataan, Nik Ezanee kembali bertugas apabila mengetahui keputusan hasil ujian Covid-19 yang dijalankan terhadap seorang pegawai perubatan daerah Petaling adalah negatif.

Iklan
Iklan

Pegawai perubatan itu merupakan kontak rapat kepada Nik Ezanee.

ARTIKEL BERKAITAN: KPD Petaling Jaya kuarantin kendiri 14 hari

Terdahulu, Nik Ezanee terpaksa membuat keputusan untuk menjalani proses kuarantin kendiri apabila mendapati pegawai perubatan itu juga mempunyai kontak rapat dengan salah seorang pengurus keselamatan Tropicana yang disahkan positif Covid-19 kelmarin.

Iklan
Iklan