Belanjawan 2021: Kerajaan rangka langkah komprehensif
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan merangka langkah-langkah komprehensif dan menyeluruh di bawah Belanjawan 2021 melalui hasil dapatan Kaji Selidik Prihatin yang dijalankan antara 19 Ogos dan 22 September 2020.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, antara dapatan yang akan diberi pertimbangan merangkumi beberapa perkara termasuk meningkatkan sokongan bagi perkhidmatan kesihatan mental serta menambahkan peluang pekerjaan.