Remaja maut motosikal bertembung kereta

Iklan
Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa selepas bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2 Jalan Tasik Pauh-Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh. Gambar kecil: Mohamad Daniel Hakim Rosdi

PASIR PUTEH - Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2 Jalan Tasik Pauh-Banir Belikong, Selising di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.10 malam itu Mohamad Daniel Hakim Rosdi, 16, dari Kampung Gong Jering maut di lokasi akibat cedera parah di kepala sementara pemandu kereta, Nur Afiq Aiman Abdul Rahman Halawa, 25, tidak cedera.

Iklan
Iklan

Difahamkan dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Nur Afiq Aiman dari arah Banir Belikong menghala ke Tasik Pauh dan setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang remaja berkenaan di percayai telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.