Hajiji dilaporkan stabil

Iklan
Hajiji Mohd Noor

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang sedang menjalani rawatan selepas dijangkiti koronavirus (Covid-19) dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pembantunya, Datuk Wetrom Bahanda dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan, Hajiji juga turut bersemangat dalam menjalankan tugasnya walaupun sedang menjalani rawatan.

Iklan
Iklan

"Beliau berada dalam keadaan stabil dan bersemangat tinggi walaupun sedang menjalani rawatan Covid-19.

"Beliau masih terus menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri menerusi panggilan telefon dan sidang video. Beliau amat mengambil berat tentang keselamatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, Wetrom turut mendoakan kesihatan Ketua Menteri semoga cepat pulih dan dapat kembali berkhidmat untuk rakyat Sabah.

"Saya juga mengajak seluruh rakyat untuk mendoakan beliau dan semoga ALLAH SWT menyembuhkan serta menyelamatkan rakyat di Sabah daripada jangkitan Covid-19," katanya.

Iklan

Terdahulu, Hajiji disahkan positif Covid-19 oleh Setiausaha Perhubungan Awam beliau menerusi satu kenyataan media pada Jumaat lalu.

Beliau kini sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji positif Covid-19, kini dirawat di hospital