KUALA LUMPUR - Setelah meninggalkan media tanpa sebarang kenyataan sebaik keluar dari Istana Negara, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan mengadakan sidang akhbar khas bagi membuat pengumuman penting berkaitan pertemuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan perkara itu dalam satu makluman kepada media sebentar tadi.