LHDM Kuala Lumpur ditutup bagi kerja sanitasi

Iklan
Semua pejabat LHDNM di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur ditutup bermula hari ini sehingga 16 Oktober 2020.

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengumumkan penutupan semua pejabatnya yang beroperasi di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur bermula hari ini sehingga 16 Oktober 2020.

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam satu kenyataannya hari ini berkata penutupan kesemua pejabatnya itu bagi tujuan kerja-kerja sanitasi.

Iklan
Iklan

"Justeru dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

"Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh hubungi LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” katanya.

Iklan
Iklan