Felda lantik Amiruddin sebagai Pengarah Besar
Iklan
KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik Datuk Amiruddin Abdul Satar sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa 15 Oktober 2020.
Unit Komunikasi Korporat Felda dalam satu kenyataan hari ini berkata, Amiruddin yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Henley Business School University of Reading, United Kingdom mempunyai pengalaman 31 tahun dalam bidang kewangan dan perniagaan.