KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas ditemui rentung manakala dua beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah satu tingkat di Lorong Patuma 7, Rumah Murah Kapayan di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa Liew Han Chong berusia 65 tahun ditemukan rentung di dalam tandas tingkat atas salah sebuah rumah yang terbakar manakala dua lagi mangsa kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan ibunya, 32, sempat menyelamatkan diri.