Dua lagi sekatan jalan raya di Klang
Iklan
KLANG - Dua lagi lokasi baharu sekatan jalan raya telah diadakan sekali gus menjadikan jumlah terkininya sebanyak enam lokasi bagi daerah Klang Selatan bermula hari ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dua lokasi baharu itu adalah di Taman Sentosa (Jalan masuk ke Perdana Villa) dan Jalan Sungai Udang (bersebelahan Restoran Aishah).