SPRM rekod keterangan sembilan pegawai kanan polis

Iklan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekod keterangan sembilan pegawai kanan polis termasuk empat berpangkat Asisten Komisioner (ACP) bagi membantu siasatan berhubung sindiket judi dalam talian dan penipuan.

Sumber berkata, proses merekod keterangan itu selesai pada awal pagi tadi dan difahamkan, dua daripada empat ACP berkenaan masing-masing adalah ketua dan timbalan ketua jabatan di sebuah kontinjen manakala dua lagi membabitkan dua ketua polis daerah.

Iklan
Iklan

"Seorang ketua polis daerah yang turut dipanggil ialah berpangkat Superintendan, manakala tiga pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur.

"Seorang lagi ialah Deputi Superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah dan kesemua pegawai kanan berkenaan dibebaskan selepas keterangan mereka diambil," katanya hari ini.

Iklan

Menurut sumber, setakat ini tiada tangkapan baharu membabitkan pegawai dan anggota polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Rabu lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan dua pegawai kanan polis ditahan SPRM.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Acryl Sani sahkan dua pegawai kanan ditahan SPRM

Bukit Aman siasat dakwaan pegawai terlibat pengubahan wang haram

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilapor mengesahkan penahanan 20 individu berdasarkan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan seorang lelaki berpangkat 'Datuk'.