Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terpaksa meletakkan papan tanda amaran bagi memastikan tiada lagi berlaku kejadian mencuri pokok hiasan yang ditanam di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuantan-Pekan berdekatan Kampung Gudang Rasau hari ini.
Pokok hiasan ini ditanam bagi menghiasi taman-taman dan projek reka bentuk landskap di sekitar bandar Kuantan.